
lately....pelbgai dugaan aku tempuh...smapai stu tahap rse da give up..nape lah smua ni terjdi kt aku...org lain pon kena gak ke ek...namun aku harus tabah n kuatkn smgt...org lain lg hebat dugaan yg mereka terima...sabarlah dan selalu berdoa.insyaallah
"dalam kehidupan dunia yg fana ini kita sering diuji dgn pelbagai ujian dalam apa jua bentuk.kekadang kita mudah mengalah tetapi adakalanya kita sedar bahawa sebarang bentuk ujian yg kita terima adalah tanda kasih sayang ALLAH SWT...ALLAH SWT sayang pada kita tapi kita tidak sedar semua itu.Allah dengan jelasnya beritahu bahawa dia tidak akan uji kita kalau kita tak mampu.bermakna Dia tahu sejauh mana keupayaan kita sebagai hamba-Nya.kegagalan sekali bukan kegagalan tuk selamanya.selagi ada peluang sentiasalah berusaha dan terus berusaha tuk mencapai kejayaan"
Di antara hikmah di balik terjadinya musibah adalah :
1. Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa, yang sebelumnya tidak pernah nampak.Seseorang berkata: ”Maha Suci Dzat yang telah memunculkan doa hambaNya dengan cara memberinya cubaan.” Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah memberikan cubaan kepada seorang hambaNya yang soleh, lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya:”Tujuannya adalah agar Aku medengar suaranya.”Maksudnya, doa dan permohonannya.
2. Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.Allah berfirman: Ketahuilah! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas.Ketika melihat dirinya merasa serba cukup. (Al-An’aam: 6-7)
3. Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang tertimpa musibah.Sesungguhnya manusia mempunyai kecenderungan untuk bersimpati dan saling membantu ketika tertimpa musibah dan bencana.
4. Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri.
Kerana musibah yang menimpa seseorang jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya.Seseorang yang ditimpa musibah akan diberi ampunan atas dosa-dosanya dan kesalahannaya dan akan diberi pahala oleh Allah. Jika seorang hamba telah mengetahui bahawa semua hal yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik dari adanya musibah, nescaya ia akan tenang, tenteram, tidak akan gelisah, dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah. ......sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar : 10)
No comments:
Post a Comment