lamenye x update blog....
tu la..gatai sgt
org ade blog..xnk kalah..nk berblog gak..
sudahnye blog bersawang..kih..kih..kih...
my Life ;)
Thursday, November 19, 2009
Thursday, September 17, 2009
Kome Mandi Tak Pagi Tadi?????
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
- Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
- Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
- Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
- Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
- Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
semoga info ini dpt menambah pengetahuan kita smua...
AYAH KAU PESAN ;)
Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
sama2 kita renung-renungkan...
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
sama2 kita renung-renungkan...
Tuesday, September 15, 2009
singkatnye mase...
pejam celik pejam celik....ramadhan tahun ni sudah hampir ke penghujung nya...
byk bnda berlaku spanjang ramadhan tahun ni..
paling buat saya sedih adalah teringatkan arwah opah...yang bru meninggal.
terasa kelainan berpuasa tanpa opah.bkn saya seorang mrasei nye..
tp jugak keluarga saya yg lain.
msih jauh perjalanan saya dan keluarga...
untuk semalam dan hari ini telah berlalu
utk esok x siapa yg tahu
smoga kedatangan syawal akan memberi sinar kebahagian buat kami sekeluarga...
kepada kwn2 semua...
selamat berhari raya...
maaf zahir dan batin
smoga bergembira bersama insan2 yang anda sayang
hargailah mereka slagi berpeluang bersama2 menyambut hari raya bersama mereka.
SELAMAT HARI RAYA UTK SEMUA ;)
byk bnda berlaku spanjang ramadhan tahun ni..
paling buat saya sedih adalah teringatkan arwah opah...yang bru meninggal.
terasa kelainan berpuasa tanpa opah.bkn saya seorang mrasei nye..
tp jugak keluarga saya yg lain.
msih jauh perjalanan saya dan keluarga...
untuk semalam dan hari ini telah berlalu
utk esok x siapa yg tahu
smoga kedatangan syawal akan memberi sinar kebahagian buat kami sekeluarga...
kepada kwn2 semua...
selamat berhari raya...
maaf zahir dan batin
smoga bergembira bersama insan2 yang anda sayang
hargailah mereka slagi berpeluang bersama2 menyambut hari raya bersama mereka.
SELAMAT HARI RAYA UTK SEMUA ;)
Tuesday, August 25, 2009
UtK ReNuNgAn BeRsAmA
Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : " Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah2 ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kpd Allah Azza wajalla serta mendengar & taat sekalipun kpd seorang hamba yang memerintah kamu. Sesungguhnya org2 yg masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yg banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kpd sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu (berpegang teguh dgnnya dan jangan dilepaskan sunnah2 itu ).Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan.
ISTERI YANG DIGAMBARKAN DALAM AL-QURAN
Dalam Al Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.
- Pertama, jenis ideal - isteri nabi musa, nama Safura.. safura adalah seorang wanita yang taat, patuh dan seorang gadis yang murni.
- Kedua - isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk namanya ummu jamil. dia yang suka mengapikan suaminya supaya menjadi semakin jahat.
- Ketiga - isteri baik dalam genggaman suami yang jahat iaitu Asiah, isteri Firaun.. Firaun membunuh Asiah apabila mendapat tahu Asiah mengikut agama nabi musa a.s
- Keempat - isteri nabi Nuh dan nabi Lut. isteri nabi lut bernama wa'ilah manakala nama isteri nabi nuh tidak diketahui namanya. isteri yang jahat tetapi mendapat suami yang baik.
kepada kwn2 ku yg telah kahwin dan bakal berkahwin....
bagaimana dgn kita ye kwn2? anda tergolong jenis isteri yg mana? muahahahaha... ;)
fikir-fikirkan lah....
LUPa KaH aNdA???
ANTARA YANG PALING DILUPA- (dalam kehidupan seharian)
Membiarkan secawan teh sehingga sejuk
Di mana anda letakkan kunci
Untuk apa anda ke kedai
Pakaian basah di dalam mesin basuh
Mengecas telefon bimbit / iPod
Di mana anda letakkan kenderaan
Menyiram pokok bunga
Umur sendiri
Membeli susu
Mengunci kereta
Di mana anda letakkan dompet
anda selalu lupa yg mana satu?
Membiarkan secawan teh sehingga sejuk
Di mana anda letakkan kunci
Untuk apa anda ke kedai
Pakaian basah di dalam mesin basuh
Mengecas telefon bimbit / iPod
Di mana anda letakkan kenderaan
Menyiram pokok bunga
Umur sendiri
Membeli susu
Mengunci kereta
Di mana anda letakkan dompet
anda selalu lupa yg mana satu?
Subscribe to:
Posts (Atom)